Rabu, 22 Disember 2010

kesah ku....tak kesah la...ade i kesah??? hahhaha

ni dia....post terbaru stlah lame aku tinggalkan berblogger nih..huhuhu...aku tulis blog ni mse ujan tgh membasahi bumi..waktu pagi yg dingin mse org sume dh tdo...tak de spe pon yg ganggu...hehhehee...aku skang dh abis blaja...dh tamat pengajian dlm diploma...keputusan yg agk cemerlang dlm semester akhir..aku dpt 3.97...dan cgpa yg agak bagus jgk la...3.72...hehehehe..aku puas ati sgt2..sbb usaha aku berbaloi..wlupun sllu tak ckup tdo...wt asemen last minit, pstu bz sgt2...mcm2 aku lalui sblum aku berjaya brada di atas...mmg susah..tp tak mustahil..skang aku akan melangkah ke alam kerjaya plak..huhuhu..ntah la..tak tau la company mne yg akan bg aku tumpang nnt...huhuhu...psl kerjaya, aku nk jd pekerja cemerlang plak..heheehhe...then, kalo la susah sgt nk dpt keje, aku rse aku akan smbung blaja la kot...abah aku ade gak kte, kalo alang2 nk smbung tu...smbung la dgree, pstu mster, pstu jd lecturer..hmmm, ok gak tu kan..hehehe....psl cinta..aku lupakan...aku rse, aku hanya tetapkan pendirian aku..aku kena berjaya..aku kena jd baik..insyaAllah, Allah akan bagi aku jodoh terbaik..hmmm...pd semua, aku harap korang sokong la ek....nk brjaya berada di atas dan berjaya dlm hidup...k la..dh ngntok plak....stakat ni dlu la..kalo rajin update lg k..bye2...

Isnin, 4 Oktober 2010

I have a dream.................

saya juga mempunyai impian....huhuhu...tp impian yg perlu dicapai perlukan pengorbanan dan usaha yg kuat...wah, ayat tak leh blah...hahahahaha...kenapa kadang2 bila impian kte dh hampir tercapai, tp ada sje halangannye smpai wat kte tension dan give up utk truskan usaha kte tuh...kdgkala bengang jgk..tp nk wt cmne kan..lumrah kehidupan...manusia mmg tak penah puas dgn ape yg dia ada n tak penah nk puas ati ngn org wlupun kte tau kte tak wt pape pon kt dorang...sakit jiwa kan??? kelakar pon ada gak..hmmm...tak tau dh nk tulis ape...tak pe la..next time update lg..hehhe...daaaaa

Sabtu, 4 September 2010

LAGI2 CINTA.....


CINTA..Cinta merupakan satu perasaan yang sangat indah..cinta wujud dalam diri setiap manusia kerana manusia lahir dari cinta. Cinta adalah fitrah manusia..tapi adakah manusia yang kalis cinta?? Wah, hebat manusia itu jika dia mampu menjadi seorang yang kalis cinta. Aku juga tidak terkecuali untuk merasa perasaan itu…tapi bukan hanya kepada kekasih sahaja kita boleh salurkan perasaan cinta itu, cinta boleh disampaikan kepada pencipta kita, iaitu ‘kekasih’ paling agung..Tuhan yang Maha Esa. Cinta kepada para nabi dan rasul. Cinta kepada ibu bapa, adik-beradik dan sanak saudara. Dan akhir sekali adalah cinta kepada orang yang asing dalam hidup kita.

Kisah cinta itu lah yang ingin aku kongsi di sini. ‘love story’ ku bermula ketika aku berada di tingkatan 3. Masa tu for sure lah cinta monyet. Cinta yang langsung tak pernah ada perasaan..dapat pulak ‘pakwe’ yang boleh tahan, wah, memang bangga jap lah..hahaha..dalam satu kelas pulak tu, aduhai, boleh plak buat macam tak de pape. Risau ler kalau orang tau..tp ‘puppy love’ yang pertama ini terbongkar setelah kami ni ‘putus’..hahahah..

Seterusnya, aku mengenali seorang lagi lelaki yang bagi ku cukup perfect dan baik..memang seorang lelaki yang membuatkan aku betul2 kagum dengan dia…tapi sayang, antara kami tak ada jodoh. Cinta yang diharap sampai ke jinjang pelamin, musnah di tengah jalan. Memang sedih, tp biasalah kan, masa berubah, dan kte akan temui pengganti.

Dalam ber’couple’ ngan lelaki kedua ni, terselit gak lah cite dengan seorang lelaki ni.. tak pernah terfikir pun nk jadi ‘makwe’ dia, tapi entah macam mana, bleh jadi plak..dh tu pulak muda setahun dari aku..aduhai…tapi tak maul ah cerita lagi..

Sekarang pulak aku ada menjalinkan hubungan dengan seseorang yang aku anggap kena dengan jiwa aku walaupun ini kali pertama aku mempunyai teman yang lebih tua dari aku. Aku kenalkan dia sebagai ‘jejaka z’ sudah. Lelaki yang tidak pernah aku perasan dia ada menyimpan perasaan terhadapku. Hanya mata yang yang selalu memainkan peranan. Dia melihat dari kejauhan. Aku tidak sedar pandangan itu ada seribu makna.

Aku langsung tidak dapat membaca kerana dia tidak pernah menegurku. Jadi, aku pun tak ambik ‘port’ sangat lah. Tak kan nak perasan pulak kan. Lagipun aku tak pernah menjangka, kerana dia berpangkat pegawai yang setaraf dengan pegawai ku. Jadi tidak mungkin aku ini layak untuk bergandingan dengan nya.

Setelah aku berada semakin jauh, aku tidak menyangka dia akan menghulur salam perkenalan. Tidak pernah terlintas di fikiran ku. Langsung tak pernah. Z memulakan dengan meninggalkan ‘missed call’ di handphone ku. Setelah tiada respon daripadaku, dia menghantar mesej melalui sistem pesanan ringkas. Aku ‘curious’ lah siapa kah gerangan pemilik no yang hadapan nya sama macam ‘plate no’ kereta KSU MOSTI. Dia cuba menyembunyikan identity diri, namun dia sendiri terbahasa nama dia. Ha kan dah kantoi!! Hehehe..dan aku lebih pantas dalam mengenalpasti siapa gerangannya. Aku dapat mencarinya di laman sosial ‘facebook’ dan aku juga dapat tau siapa nama penuhnya..hebat kan?? Hahahah..

Akhirnya hubungan mesra yang terjalin antara kami membuatkan kami memilih untuk meneruskan ke satu hubungan yang lebih serius. Aku berharap agar hubungan ini ada penghujung yang baik.

Aku sebenarnya tertarik dengan sikapnya yang bersungguh untuk mengenaliku. Dia juga dikategori berani jugaklah. Sikap sempoi nya tu buat aku rasa kami seolah-olah sama-sama remaja. Aku pernah tanya gak kat dia, ape yang menarik sangat kat aku ni sampai dia betul-betul nak kenal aku..dia kata, aku memiliki ciri-ciri keibuan, sopan dan sejuk mata memandang. Wah, ye ker tu?? Bangga la jap kan..tp dia tak tau yang sikap ke anak-anakan aku ni lg power..tambah pulak manja aku ni..hopefully dia sanggup ‘tahan’ dengan kerenah aku nih.. buatnya dia bosan, naya aku..huhuhu..

Andai telah tertulis jodoh aku dengan Z, aku menerima dengan hati terbuka. Andai kata antara kami tiada jodoh, aku hanya berharap agar kami bertemu dengan jdoh yang terbaik dalam hidup…aminnn…tapi aku tetap berharap hubungan yang terjalin ini akan berakhir dengan sesuatu yang indah… namun kini aku dan Z sudah pun tiada apa2 lagi…sdih jugaklah…sbb dia penceria hidupku…kini dh tiada…aku terasa, tp aku kuatkan semangat.

Mujurlah ada kawan2 yg sntiasa di sisi aku memberi kata semangat..memberi dorongan supaya aku lupakan Z dari hidupku…mungkin belum tiba masanya aku menemui cinta sejatiku…mungkin suatu saaf nnti…

sEoRang InSaN yANg LEmAh



hai semua...banyak jugak dah yang aku dah update dalam blog nih..tapi aku tak describe secara detail pun lagi pasal diri aku sendiri... entah macam mana boleh plak aku terlupa kan..hehehe...i'm just a simple gurl..Biasa je pun..tak terlalu menonjol walaupun kadang-kadang tu orang nampak aku jugak...Aku ni jenis yang tak cepat nak melenting sangat lah. Happy go lucky jerk, kawan2 pun susah nk tengok aku marah.. Aku ni tak suka kan keadaan yang tension, bagi aku, hidup ni kenalah sentiasa ceria dan bijak menangani stress..Memang tak dinafikan, kadang tu ada jugak lah stress nya, tapi 'please' la kawan-kawan, stress tak mampu buat kte hapy, so kita enjoy!!Aku seorang yang cepat mesra, tp tengok orang jugaklah, especially for men, aku susah la sikit kan..bukan apa, ye lah, sebagai perempuan, dah tu pulak orang timur, kena la jaga adab sopannya kan..Hmmm, cakap pasal sopan, aku ni dikira gadis yang sopan gak lah.. Lemah lembut, dan feminin. Nak kata 'stylo' sangat tu tak lah kot. Biasa-biasa aje, asalkan orang pandang pun sedap n sejuk jer..Mana tau ada yang nk buat jadi bakal menantu..hahhaha.. Aku ni jugak jenis yang sangat menepati masa (punctual).. Aku tak suka lambat, sebab aku ni jenis bendul sikit kadang tu. Aku jugak seorang yang sangat sukakan peraturan dalam hidup..sebab tu lah aku ni tak pernah ada masalah disiplin... Hobi aku membaca..aku membaca apa sahaja yang boleh me'release'kan tension, memberi pelbagai maklumat dan memberi info terkini tentang sesuatu..Gosip tu minat la gak, tapi tak berapa sangat. Selalunya kalau nak menghilangkan tension tu, aku lebih berminat untuk baca novel la. Lagi-lagi novel cinta..Aku akan rasa aku ditempat watak dalam novel tu. Tu yang best..Bak kata orang, memang 'feeling' abis lah..Lagi pasal aku adalah aku ni jenis yang 'sempoi' la. Manja pun ada gak, tapi tak semua orang akan nampak sikap aku yang satu ni, sebab hanya orang tertentu je yang tau.. Ngan 'family' pun aku manja wlaupun aku anak sulung. Aku sukakan pujian yang ikhlas dan aku suka bersaing dalam diam... Aku tak suka kan orang yang bermuka-muka dan aku tak suka orang yang cepat sangat berubah.. Well, memang manusia berubah, tapi jangan lah drastik sangat kan.. Opss, ni cerita pasal aku, bukan pasal orang..hm, aku ni jugak sangat memilih tentang sesuatu tapi aku tak tunjuk, nnt orang kata aku berlagak dan demand pulak kan.. Suka merendah diri dan suka kan suasana yang sentiasa ceria..rasanya cukup la kot untuk sesiapa yg nak tahu pasal insan lemah ciptaan Maha Esa ni..Kalau ada lagi, aku akan update yer...




cInTa kU bUkAn DIaTaS kErtAs

CINTA....perkataan ini memberi seribu makna buat manusia....cinta fitrah manusia...keinginan dan naluri...cinta dan mencintai adalah suatu kelaziman manusia yg normal...percayakah anda pada cinta?? cinta memberi dan menerima...tp tak smua yang diimpikan menjadi kenyataan...cinta yang paling agung pastinya cinta kpd Yang Maha Esa..yg tidak akan mengecewakan...cinta yg tidak akan meninggalkan kita wlupun apa yg terjadi...cinta ibu bapa yang kekal abadi....cinta keluarga yg tersimpul rapi...cinta pd kekasih?? siapakah kte dpt meneka siapakah org yg akan bersama kte, mencintai kita seadanya, memberi cinta yg hakiki dan sejati...atau sekadar ingin melihat kita menangis...wanita dan air mata tdk dpt dipisahkan...mampukah kite berhadapatn dgn dugaan cinta?? aku coretkan ats dasar hati ini kepingin memiliki dan dimiliki...namun suratan menjdikan aku msih sndiri...belum bertemu lelaki yang benar2 dpt mengetuk pintu hati ini...mungkin blum msenye...cume jauh di sudut ati, aku memohon agar 'si dia' yg bakal mengisi kekosongan ati ini adlah org yg benar2 mencintai dan menyayangi diri ini seadanya...Amiiinnn....

Khamis, 12 Ogos 2010

Study TiMe

ni bukan time study tp ni la mse aku kt poli..mse tu menang anugerah..
bermula nya sebagai pelajar sewaktu di usia 5 tahun lagi..masa tu tadika lah kan...memulakan pendidikan formal kt tadika tu di tadika tak ingat ape namanya..tapi dekat Terengganu.. masa ayah ku bekerja di Terengganu..yang paling tak boleh nak lupa ialah nama cikguku masa tu Cikgu Gayah..heheheh...cute kan nama tuh..cikgu tu la yang mengajar ku sewaktu tadika..memang baik sgt2..masa tadika tu tak ada la nakal sangat, tapi masa tu comel la kan..heheh..bila umur ku 6 tahun, aku telah berpindah ke kelantan dimana itu lah tempat lahir tumpah darahku...bersekolah tadika di majikan dan sekolah tadika kt masjid adalah pengalaman yang best sangat2..tok (gelaran utk nenek) yang menghantarku ke tadika setiap hari..tok setia menemaniku setiap hari melalui jalan2 yang berliku gak time tu..ape tak nya, hari2 jumpa org gila yang bisu..takut la aku..huhu..tp sekarang org tu dh tak ada (meninggal dunia)..sedih gak lah..naik ke darjah satu, aku bersekolah di sek keb subang..kejap je, selepas itu aku berpindah ke sek keb seksyen 7 pusat bandar sungai buloh..sekarang ni dikenali sebagai kota damansara..kawasan yang sangat pesat membangun.rugi pulak tak terus tinggal kat sana.sewaktu di darjah dua pula, aku berpindah ke dengkil di mana itu lah tempat tinggalku sekarang..bersekolah di Sek. Keb Dengkil, aku menjadi seorang pelajar yang sangat pendiam dan baik lah..muka suci la katakan..aku menghabiskan pengajian sekolah rendahku di sana sehingga tamat darjah enam..aku meneruskan pengajian sekolah menengah di Sek. Men. Keb Bandar Baru Salak Tinggi..di sana aku adalah seorang pelajar yang sangat lincah dan tak tahu duduk diam..keje nya asyik nak memanjat aje..heheh..seorang pelajar yang boleh dikatakan hot jugak lah sebab ramai peminat masa tu..tapi sayang, hanya setahun sahaja aku berada di situ..aku berpindah ke SMK Dengkil sehingga lah tamat tingkatan 5.. di dengkil, aku kembali menjadi pelajar yang pendiam dan agak pasif...agaknya ramai yang kenal aku kot..tamatnya SPM, aku berharap agar dapat menjejakkan kaki ke alam universiti tapi malangnya aku tidak berjaya menempatkan diri di mana2 universiti awam..sedihnya tak mampu ku luahkan lagi2 melihat wajah kecewa kedua orang tuaku..aku meneruskan pengajian di tingkatan 6 di SMK Cyberjaya dan di sana aku kuatkan semangat untuk belajar tatkala melihat rakan2 yang lain menjejakkan kaki ke matrikulasi dan ipta..namun tanpa ku jangka, aku mendapat tawaran dari politeknik untuk melanjutkan pelajaran dalam Diploma Sains Kesetiausahaan..bidang yang langsung tidak terlintas di fikiranku..namun atas nasihat sepupu dan keluargaku, aku akhirnya menerima tawaran tersebut dan kini aku sudahpun berada di semester 4..iaitu semester terakhir (insyaAllah) kerana program diploma sains kesetiausahaan ini hanya memakan masa 2 tahun..aku akhirnya sedar, meskipun aku pada mulanya langsung tidak terfikir utk belajar dalam bidang ini, namun dengan usaha dan berkat kesabaran serta doa dari kedua orang tua ku, aku hampir menghabiskan pengajianku dengan keputusan akhir semester yang tidak kurang hebatnya (bagi aku la)..dan aku berharap aku dapat menamatkan pengajian dengan merangkul gelaran pelajar terbaik..mana tahu rezeki aku...rasanya cukuplah cerita 'study time' ku...

Ma HePY fAmILy.........

my lovely mummy n my hero daddy....
Merupakan keluarga sederhana yang tinggal di kawasan yang tak tau la nak dipanggil bandar atau luar bandar..tapi yang pastinya, ianya di tempat yang semakin membangun walaupun pada mulanya sangat la menggerunkan..ahhahahaha...bapaku just seorang lelaki yang simple..tapi kagum aku dengan sikapnya..entahlah..tak tau macam mane nak describe pasal seorang lelaki yang ku panggil abah ni..seorang yang agak pendiam, tak banyak cakap tapi mudah untuk dibawa berbincang tentang sesuatu..tu yang best, sebab kalo dengan abah, senang nak dapat sesuatu..umi pulak very updated person..cantik dan suka bergaya..umi senang jerk, dia jenis yang tak suka org lain msuk campur psl dia and family..umi jugak seorang ibu yang memang sempoi sangat-sangat..kadang2 tu leh diajak berbual macam dengan member2...hehehehe...best tau..adik aku ada 3 orang..2 perempuan, satu lelaki..sarra, melia dan ayeen...diorang ni memang adik2 yang sempoi sangat2..diorang panggil aku 'kakak'...hmmm, mmg kami ni sebuah keluarga yang sangat bahagia..umi dan abah kitorang ni suka sangat manjakan kitorang..tak bagi hidup susah..risau jer takut2 kalau kami ni dalam kesusahan..tu yang kami kagum sangat tu dengan parent kitorang nih..hehehe..mmg happy family

Latihan industri

Menjalani latihan industri di salah sebuah kementerian yang cukup sinonim sejak berlepasnya Datuk Sheikh Muszaphar ke angkasa lepas. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi atau nama Inggerisnya Ministry Of Science, Technologi & Innovation (bagi yang tak pernah tahu la..) dan singkatan bagi kementerian ini adalah MOSTI. Sebuah kementerian yang aku anggap cukup hebat kerana di situ lah bermulanya kecanggihan sains, teknologi dan inovasi. Bangga la kejap bila dah dapat masuk situ..



Hari pertama, aku menumpang jiran sebelah yang merupakan Penolong Pegawai Keselamatan Kerajaan di MOSTI(sebenarnya bukan hari pertama jer, tp hari2 smpai la habis LI.). ‘First day’ la katakan, nervous, takut, bimbang, cemas semuanya berganding bahu menjadi satu. Memang tidak dinafikan, sangat2 menakutkan. Macam nak pergi perang pun ada. Dalam kereta tu, macam2 yang aku baca. Aduhai, sampai jer dekat lobi C5, Parcel C (Kompleks C) hati ku makin berdegup kencang. Tak sekencang angin pagi tu pun..



Aku dijadualkan untuk melapor diri di Bahagian Pengurusan Manusia pada jam 8 pagi. Tapi smpai pukul 9 pagi, org yang nk aku jumpa tu tak nmpak batang hidung pun. Bengang tapi buat muka tak bersalah jer lah..sabar tu kan separuh daripada iman.heheh..



Bila dah jumpa, aku ditempatkan di Bahagian Pentadbiran, bahagian paling sibuk dan banyak functionnya..memang tension. Aku diperkenalkan kepada staf2 yang ada. Malu2 kucing jugak la ‘time’ tu. Aku diberi satu tempat duduk siap lengkap ngn semua peralatan. Best sangat, cantik pulak tuh. Yang tak tahannya, staf dari bahagian lain ingat aku ni pegawai baru masuk, so diorang panggil ‘cik’. Hehe.bangga kejap.



Kemudian, kena ‘interview’ dalam bahasa orang putih pulak tu..nama peng’interview’ tu ialah Encik Jayaprakash A/L Murulitharan. Fuh, ‘full name’ aku bagi. ‘handsome’ nya tak payah cakap lah..mula2 ingat orang melayu, rupanya ala2 singh gitu. Aku diletakkan di bawah jagaan Cik Balkhis, EO yang sangat baik denganku.



Aku start kena buat kerja pada hari kedua. Tapi aku diarahkan ikut Cik Hadijah, yang sama taraf dengan En Jaya untuk tengok macam mana orang buat ‘announcement’ pagi di MOSTI. Best jugak. Cik Balkhis dah sediakan satu ghantt chart ape yang perlu aku lakukan sepanjang 22 minggu di sana. Penyelenggaraan bangunan pun ada. Memang kelakar.



Nak cerita dari A sampai Z, memang tak berkesudahan la. So aku pendekkan cerita yer. Di sana, aku diberi kepercayaan oleh En Jaya untuk buat kerja2 yang hanya mampu dan boleh dibuat oleh Pegawai gred 41. walaupun aku ni hanya pelajar praktikal, kata En Jaya, aku ada potensi yang baik untuk melakukan tugas yang diberi. Dan menepati bidang yang aku ambil di politeknik, aku seringkali menggantikan PA di bahagian pentadbiran tu. Kiranya tak sia2 la belajar ‘PA Study’ sebab aku berpeluang duduk ditempat PA sekaligus menjalankan tugas2.



Kadang2 tu sibuk sangat2, surat masuk untuk bos bertimbun-timbun lah. Sampai tak sempat nk toleh atas bawah kiri kanan. Sape2 yang lalu pun aku buat tak tahu je. Tapi sebagai PA yang professional, aku pastinya akan layan jika orang itu adalah ‘client’ MOSTI dan orang-orang yang berkepentingan. Sebagai PA di situ, aku jadi seorang yang sangat arif tentang semua, siapa nama bos bahagian lain, siap dengan PA diorang sekali, ‘extension no’ pun hafal dalam kepala. Semua singkatan nama tu memang aku dah hafal sangat lah. Ye lah, bukan nak memuji diri sendiri, tapi bila dapat tahu ada PA praktikal yang cantik kat situ, ramai la yang dari bahagian lain pun berkeinginan nak tahu dan kenal. Sampaikan warga pentadbiran pelik, orang yang tak pernah datang ‘admin’ pun tiba2 rajin nak datang. Rupanya nk tengok aku..hahahah.



Lupa nk cakap, aku pernah menjalani ‘screen test’ untuk jadi pembaca pengumuman pagi di MOSTI. Peserta yang pergi ‘audition’ tu ramai gak, semua pegawai gred 41, dah tu ‘terror speaking’ pulak. Aku ni biasa je pun. Tapi yang peliknya, komen aku paling ‘cemerlang’ dalam ramai-ramai tu.heheh..En Jaya tulis ‘good’ sebagai komen aku..wah, hebat jugak. Start esoknya, aku dah mula baca..ada ‘vibrate’ sikit la suara, tapi semuanya ok.



Yang paling best kat MOSTI ni, aku berpeluang jumpa ramai menteri depan mata aku sendiri. Pernah jadi ‘usherette’ (pengiring) kepada vvip. Liaison Officer (pegawai perhubungan) pun pernah..masa tu kat PICC, jumpa ramai kenamaan kat sana.



Aku ni berkulit agak putih, tinggi lampai tak lampai sangat la, bertubuh kurus ala2 model ‘oversea’ gitu. So, dengan adanya aku di MOSTI, aku jadi perhatian, ramai jugak yang ‘cuba’ nk cucuk jarum, tapi kebalnya hati aku ni..time tu memang single..tapi niat nak gi latihan industri je kan, so aku pun tak ambik ‘port’ sangat la. Ada jugak ‘mamat psiko’ yang kacau aku, aku bagitau En Jaya pasal tu..tapi kalo nk cerita pasal mamat tu, tak habis la cerita kan.. kesmpulannya, aku dapat full mark untuk prestasi aku di sana dan mereka kata mereka sudi menunggu kehadiran aku semula ke MOSTI. I LOVE MOSTI !! THANK U SO MUCH FOR GIVING ME THE BEST EXPERIENCE IN LIFE !!

sahabat vs rakan vs kawan

ini rakan2 poli ku swaktu di kem jugra....
Semua istilah boleh digunakan untuk orang yang menjadi teman kita..di ingatkan di sini..bukan cerita teman lelaki atau teman tapi mesra yang ingin di kongsi oleh ku...tapi di sini aku ingin menyingkap tentang 'teman' ku yang digelar sahabat, kawan dan rakan...sejak bermula nya sebelum zaman persekolahan lagi, kita sudah mempunyai teman..teman sepermainan sewaktu kecil..masih ingat kah?? aku pun ingat-ingat lupa..mempunyai teman membuatkan hidup kita lebih ceria dalam erti kata lain sentiasa ada tempat utk berkongsi apa sahaja..keseronokan, kesedihan, gelak ketawa, riuh suasana dan pelbagai lagi..aku mempunyai ramai teman..tetapi tidak semua temanku adalah teman yang benar2 seorang teman..teman yang aku benar2 anggap sebagai teman adalah teman yang sentiasa ada di sisi ku tatkala suka dan duka, yang boleh membimbing dan menegur aku jika ada silapku..dan membawa aku ke jalan yang benar..teman itu lah teman yang boleh di anggap teman dunia dan akhirat..ramai yang boleh menjadi teman kita, tetapi dalam berkawan, kita harus bijak agar tidak mudah terpengaruh dengan anasir2 yang membawa kepada kerosakan dan kemungkaran..sejak di sekolah rendah, aku mempunyai ramai teman...aniza hanim, teman rapatku di sekolah rendah..shafarina, fazira, dan dafikah adalah teman rapat ku ketika di sekolah menengah dan sehingga kini..merekalah tempat aku bercerita, berkongsi suka duka dan mengalami byk peristiwa pahit manis bersama..kami juga dikenali sebagai geng 'cantik manis'..tapi tak lah hot sangat pun..bkn memilih utk berkawan tetapi hanya kebetulan...heheh...mereka lah yang menjadi pendorong utk ku berjaya dalam hidup..sama-sama mengecapi kjayaan...kini di politeknik, aku mengenali beberapa lagi teman...farahin, teman pertama apabila aku menjejakkan kaki di politeknik..bermula sebagai rakan sebilik, kemudian kami juga rakan sekuliah menjadikan kami bertambah rapat..pergi dan balik ke kuliah bersama, makan bersama, membuat tugasan bersama memang sesuatu yang amat menarik utk dikongsi..kini kami berlainan bilik, jarang makan dan ke kelas bersama, namun, jauh di sudut hati, aku tak kan lupakan apa yang kami lalui bersama..malah, kini kami antara pelajar yang akan menghabiskan semester 4 sbg semester akhir..insyaAllah, moga kejayaan di pihak kami...tidak dilupakan, teman-teman seperjuangan ku yang lain, fareha, mira, iza, intan, shanky, ida, ada, nadrah, sima, atie, nabila, nor, renuka, salwa, ika, nadia dan najwa...buat teman2 ku, kalian semua adalah penceria hidupku dan kalian jugalah pendorong kejayaanku...friends forever...