Khamis, 12 Ogos 2010

Study TiMe

ni bukan time study tp ni la mse aku kt poli..mse tu menang anugerah..
bermula nya sebagai pelajar sewaktu di usia 5 tahun lagi..masa tu tadika lah kan...memulakan pendidikan formal kt tadika tu di tadika tak ingat ape namanya..tapi dekat Terengganu.. masa ayah ku bekerja di Terengganu..yang paling tak boleh nak lupa ialah nama cikguku masa tu Cikgu Gayah..heheheh...cute kan nama tuh..cikgu tu la yang mengajar ku sewaktu tadika..memang baik sgt2..masa tadika tu tak ada la nakal sangat, tapi masa tu comel la kan..heheh..bila umur ku 6 tahun, aku telah berpindah ke kelantan dimana itu lah tempat lahir tumpah darahku...bersekolah tadika di majikan dan sekolah tadika kt masjid adalah pengalaman yang best sangat2..tok (gelaran utk nenek) yang menghantarku ke tadika setiap hari..tok setia menemaniku setiap hari melalui jalan2 yang berliku gak time tu..ape tak nya, hari2 jumpa org gila yang bisu..takut la aku..huhu..tp sekarang org tu dh tak ada (meninggal dunia)..sedih gak lah..naik ke darjah satu, aku bersekolah di sek keb subang..kejap je, selepas itu aku berpindah ke sek keb seksyen 7 pusat bandar sungai buloh..sekarang ni dikenali sebagai kota damansara..kawasan yang sangat pesat membangun.rugi pulak tak terus tinggal kat sana.sewaktu di darjah dua pula, aku berpindah ke dengkil di mana itu lah tempat tinggalku sekarang..bersekolah di Sek. Keb Dengkil, aku menjadi seorang pelajar yang sangat pendiam dan baik lah..muka suci la katakan..aku menghabiskan pengajian sekolah rendahku di sana sehingga tamat darjah enam..aku meneruskan pengajian sekolah menengah di Sek. Men. Keb Bandar Baru Salak Tinggi..di sana aku adalah seorang pelajar yang sangat lincah dan tak tahu duduk diam..keje nya asyik nak memanjat aje..heheh..seorang pelajar yang boleh dikatakan hot jugak lah sebab ramai peminat masa tu..tapi sayang, hanya setahun sahaja aku berada di situ..aku berpindah ke SMK Dengkil sehingga lah tamat tingkatan 5.. di dengkil, aku kembali menjadi pelajar yang pendiam dan agak pasif...agaknya ramai yang kenal aku kot..tamatnya SPM, aku berharap agar dapat menjejakkan kaki ke alam universiti tapi malangnya aku tidak berjaya menempatkan diri di mana2 universiti awam..sedihnya tak mampu ku luahkan lagi2 melihat wajah kecewa kedua orang tuaku..aku meneruskan pengajian di tingkatan 6 di SMK Cyberjaya dan di sana aku kuatkan semangat untuk belajar tatkala melihat rakan2 yang lain menjejakkan kaki ke matrikulasi dan ipta..namun tanpa ku jangka, aku mendapat tawaran dari politeknik untuk melanjutkan pelajaran dalam Diploma Sains Kesetiausahaan..bidang yang langsung tidak terlintas di fikiranku..namun atas nasihat sepupu dan keluargaku, aku akhirnya menerima tawaran tersebut dan kini aku sudahpun berada di semester 4..iaitu semester terakhir (insyaAllah) kerana program diploma sains kesetiausahaan ini hanya memakan masa 2 tahun..aku akhirnya sedar, meskipun aku pada mulanya langsung tidak terfikir utk belajar dalam bidang ini, namun dengan usaha dan berkat kesabaran serta doa dari kedua orang tua ku, aku hampir menghabiskan pengajianku dengan keputusan akhir semester yang tidak kurang hebatnya (bagi aku la)..dan aku berharap aku dapat menamatkan pengajian dengan merangkul gelaran pelajar terbaik..mana tahu rezeki aku...rasanya cukuplah cerita 'study time' ku...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan