Khamis, 12 Ogos 2010

sahabat vs rakan vs kawan

ini rakan2 poli ku swaktu di kem jugra....
Semua istilah boleh digunakan untuk orang yang menjadi teman kita..di ingatkan di sini..bukan cerita teman lelaki atau teman tapi mesra yang ingin di kongsi oleh ku...tapi di sini aku ingin menyingkap tentang 'teman' ku yang digelar sahabat, kawan dan rakan...sejak bermula nya sebelum zaman persekolahan lagi, kita sudah mempunyai teman..teman sepermainan sewaktu kecil..masih ingat kah?? aku pun ingat-ingat lupa..mempunyai teman membuatkan hidup kita lebih ceria dalam erti kata lain sentiasa ada tempat utk berkongsi apa sahaja..keseronokan, kesedihan, gelak ketawa, riuh suasana dan pelbagai lagi..aku mempunyai ramai teman..tetapi tidak semua temanku adalah teman yang benar2 seorang teman..teman yang aku benar2 anggap sebagai teman adalah teman yang sentiasa ada di sisi ku tatkala suka dan duka, yang boleh membimbing dan menegur aku jika ada silapku..dan membawa aku ke jalan yang benar..teman itu lah teman yang boleh di anggap teman dunia dan akhirat..ramai yang boleh menjadi teman kita, tetapi dalam berkawan, kita harus bijak agar tidak mudah terpengaruh dengan anasir2 yang membawa kepada kerosakan dan kemungkaran..sejak di sekolah rendah, aku mempunyai ramai teman...aniza hanim, teman rapatku di sekolah rendah..shafarina, fazira, dan dafikah adalah teman rapat ku ketika di sekolah menengah dan sehingga kini..merekalah tempat aku bercerita, berkongsi suka duka dan mengalami byk peristiwa pahit manis bersama..kami juga dikenali sebagai geng 'cantik manis'..tapi tak lah hot sangat pun..bkn memilih utk berkawan tetapi hanya kebetulan...heheh...mereka lah yang menjadi pendorong utk ku berjaya dalam hidup..sama-sama mengecapi kjayaan...kini di politeknik, aku mengenali beberapa lagi teman...farahin, teman pertama apabila aku menjejakkan kaki di politeknik..bermula sebagai rakan sebilik, kemudian kami juga rakan sekuliah menjadikan kami bertambah rapat..pergi dan balik ke kuliah bersama, makan bersama, membuat tugasan bersama memang sesuatu yang amat menarik utk dikongsi..kini kami berlainan bilik, jarang makan dan ke kelas bersama, namun, jauh di sudut hati, aku tak kan lupakan apa yang kami lalui bersama..malah, kini kami antara pelajar yang akan menghabiskan semester 4 sbg semester akhir..insyaAllah, moga kejayaan di pihak kami...tidak dilupakan, teman-teman seperjuangan ku yang lain, fareha, mira, iza, intan, shanky, ida, ada, nadrah, sima, atie, nabila, nor, renuka, salwa, ika, nadia dan najwa...buat teman2 ku, kalian semua adalah penceria hidupku dan kalian jugalah pendorong kejayaanku...friends forever...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan